Honda CBR650 F 2018

Honda CBR650F – Selembut Sutera, Segarang Harimau

Keupayaan enjin 4 silinder kebiasaannya menjadi lamunan dan igauan kepada peminat motor berkuasa sederhana terutamanya bagi jentera bersesaran 650cc. Kali ini kami mencuba pula saudara kembar kepada Honda CB650F iaitu Honda CBR650F.

Cita rasa orang memang berbeza dan agak sukar digambarkan. Setelah menguji Honda CBR650F ini, boleh dirasakan perbezaan dalam gaya tunggangannya. Walaupun gaya tunggangan ala gaya sportbike, ia tidaklah memenatkan untuk menjadi tunggangan harian ke tempat kerja umpamanya. Honda CBR650F ini direka bagi memenuhi citarasa mereka yang cenderung ke arah gaya sebuah sportbike. Dalam rutin meredah trafik di awal pagi pun, ia masih lagi bersahaja apatah lagi jika nak menunggang bagi jarak jauh dihujung minggu.

Honda CBR650F juga merupakan antara sportbike yang bagi saya agak “asas” kerana ia tidak mempunyai sistem elektronik yang agak banyak. Ini bermakna, ia amat mudah untuk dikendalikan. Tak perlu nak menghafal buku manual bagi mengetahui fungsi-fungsi elektroniknya. Hidupkan enjin, periksa dan pulas pendikit sahaja, mudah.

Reka bentuk Honda CBR650F ini menunjukkan perekanya mementingkan ciri-ciri aerodinamik bagi memudahkan ia meluncur dengan lancar bersama dengan enjin DOHC 4 silinder sebaris sejukan cecair yang dipadankan dengan kotak gear ratio pendek.

Dengan kuasa sebanyak 89HP, saya rasa sungguh seronok memecut dari kedudukan statik. Sungguhpun Honda CBR650F mempunyai daya pecutan yang amat menyeronokkan, namun ia amat mudah dikawal dalam kesesakan trafik. Itulah sebab ia sesuai digunakan bagi urusan seharian.

Bahagian suspensi hadapan Honda CBR650F menggunakan “dual bending valve fork” bersaiz 41mm dan bahagian belakang pula menggunakan “monoshock” tiub tunggal dengan “7 stage preload adjustment”.

Untuk menghentikan Honda CBR650F ini pula, angkup 2 omboh dengan disk 320mm dibahagian hadapan dan angkup omboh tunggal dengan disk 240mm dibahagian belakang memberikan anda kuasa pemberhentian yang lebih yakin bagi model ini.

Honda CBR650F menggunakan lampu LED untuk lampu utama dan juga lampu belakang. Paparan digital meter pula cukup jelas bagi penunggang melihat segala maklumat ketika menunggang.

Rumusan yang boleh diberikan terhadap Honda CBR650F ini adalah, ia sebuah sportbike yang direka khas untuk memenuhi keperluan harian dan juga mingguan…serba boleh.

Sila “like” & “share” Facebook ENJIN DOTcom & “follow” kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai “see first” di FB anda!

#boonsiewhonda #honda #cbr650f #enjindotcom #thepowerofdreams

GALERI