TAYANGAN PERDANA BIKERS KENTAL 2

Filem yang Dinanti-Nantikan, Bikers Kental 2 Padat dengan Aksi Hebat Lagi Mendebarkan, Bakal Menemui Penonton Malaysia pada 14 Mac

KUALA LUMPUR, 20th Januari 2019 — Industri filem tanah air bakal digegarkan dengan satu lagi filem blockbuster tempatan, Bikers Kental 2 yang menggabungkan gaya hidup kumpulan ‘bikers’ dengan pemandangan indah di sekitar Thailand.

Diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang pernah mengarahkan “Bikers Kental dan Bopeng” filem ini mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Porntit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand. Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium). Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Awie yang mainkan watak Eddie cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan.

Filem ini adalah filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd, menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. Ia turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.

“Kami mahu menarik minat, terutama sekali dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran” kata Kamal Akram Ibrahim, pengarah urusan syarikat MRB Network. “Aksi mendebarkan lagi menyentuh perasaan Bidin al zaifa dan Eddie pastinya menjadi tumpuan beserta dengan kisah bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama.”

Helmi mahu menarik perhatian para peminat filem tempatan menerusi penglibatan Zizan dan Awie, yang kedua-duanya merupakan pelakon berjaya dan berpengalaman di dalam industri perfileman.

“Elemen komedi merupakan resepi utama di dalam menjayakan filem ini, beserta dengan kerjasama baik serta chemistry antara Zizan dan Awie,” kata Helmi. Filem ini dirakam menggunakan peralatan yang tercanggih, beresolusi definisi tinggi dengan bantuan kamera  ARRI ALEXA.

“Kami mahu para penonton benar-benar dapat menyelami watak-watak yang dilakonkan dan mengetahui betapa sukarnya untuk menjayakan filem berkenaan,” jelas Helmi.

Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2019 di panggung TGV berdekatan dengan anda!

MRB Network Sdn Bhd ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat produksi dan pengiklanan. Disepanjang penglibatannya di dalam bidang pengiklanan dan produksi kreatif, syarikat itu telah berjaya menyiapkan pelbagai tugasan daripada sektor awam dan swasta.

Menyedari kekuatan, kepakaran serta rangkaian kukuh yang dimiliki; mereka sentiasa yakin bahawa mereka mampu menjadi lebih profesional dan lebih cekap di dalam menjayakan sebarang tugasan untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta. Sejak ia ditubuhkan, MRB Network mempunyai kepakaran khusus di dalam bidang seperti produksi filem dan drama, video korporat dan TVC; serta pakar di dalam bidang pengiklanan, penyelesaian dan perunding media.